Secara bahasa erti talak adalah melepaskan ikatan, baik yang nampak
seperti ikatan kuda dan ikatan tawanan. Mahupun maknawi seperti ikatan
pernikahan yang merupakan hubungan yang ada antara sepasang suami isteri.
Kerana itu talak didefinasikan dalam istilah bahawasanya talak adalah
menghilangkan pernikahan atau mengurangi kehalalannya dengan ucapan yang
khusus. Makna menghilangkan pernikahan atau mengurangi kehalalannya dengan
kata-kata yang putus adalah menghilangkan pernikahan beerti mengangkat keikatan
dimana sang isteri tidak halal lagi baginya setelah itu.
Mazhab Syafi’e – mereka berkata: “Talak Raj’I masih berada dalam
ikatan pernikahan adalah seperti talak ba’in. Oleh kerana itu tidak halal bagi
lelaki yang menceraikan isterinya untuk menjimak isterinya atau untuk
bermesraan dengannya sebelum ia merujuk isterinya dengan kata yang
memberitahukan atau mengisyaratkan kepada rujuk baik secara jelas mahupun
kinayah”.
Oleh kerana itu Mazhab Syafi’e mendefinasikan:talak dengan
bahawasanya talak adalah melepaskan tali ikatan dengan lafaz at-thalaq dan
lain-lain. Jika yang dimaksudkan dengan pernikahan disini adalah akad maka
idhafahnya adalah bayaniyah dan maknanya adalah melepaskan tali ikatan iaitu
pernikahan atau dengan ungkapan yang lain iaitu menghilangkan pernikahan. Jika
yang dimaksudkan dengan nikah adalah jimak maka idhafahnya adalah hakikiyah dan
maknanya adalah menghilangkan akad yang memperbolehkan berijmak.
Mazhab Maliki – mereka berkata: “Jika sang suami menjimak isterinya
itu tanpa berniat rujuk maka tidak dapat menjadi rujuk. Jimak tidak dapat
menjadi rujuk kecuali dengan niat. Adapun jimak dengan niat rujuk maka jimak
itu menjadi rujuk. Berdasarkan keterangan ini, talak raj’i tidak menghilangkan
akad nikah kerana kalau talak raj’I menghilangkan akad nikah maka tidak halal
bagi sang suami untuk menjimak isterinya”.
Oleh kerana ini,Mazhab Maliki mendifinisikan talak bahawasanya
talak adalah sifat hukum yang dapat mengangkat kehalalan untuk bersenang-senang
bagi seorang suami dengan isterinya dimana kalau berulang sampai dua kali maka
haram bagi suami isterinya itu sebelum isterinya menikah dengan lekai yang
lain. Definisi ini tidak bertentangan dengan definisi Mazhab Hanafi dan Mazhab
Hanbali yang tersebut diatas. Oleh kerana itu tidak ada perbezaan pendapat
antara Mazhab Maliki dan antara tiga mazhab yang lain kecuali pada bahawasanya
rujuk dengan jimak tidak dapat tercapai kecuali dengan niat menurut Mazhab
Maliki bukan menurut Mazhab Hanafi dan Mazhab Hanbali.
No comments:
Post a Comment