1.
Sang suami harus berakal. Oleh kerana itu tidak
sah talak yang dijatuhkan oleh suami yang gila walaupun kegilaannya itu dating
terputus-putus dan tidak tetap. Apabila ia menceraikan isterinya ketika ia
sedang gila maka tidak dianggap talak dan tidak dihitung setelah ia tersedar
dari gilanya dan tidak dihitung setelah ia tersedar. Tidak ada perbezaan pada
terjadinya talak dari orang yang mabuk dan melampaui batas dengan mabuknya
antara ia sampai kepada batas yang menyerupai orang gila. Oleh kerana itu tidak
boleh ia membezakan antara langit dan bumi,lelaki dan perempuan. Talaknya jatuh
baik pada awal mabuknya atau akhirnya.
Mazhab Hanafi – “Had mabuk menurut imam
adalah kesenangan yang menghilangkan akal sehingga orang mabuk tidak dapat
membezakan antara langit dan bumi”. Maknanya bahawa orang mabuk yang sampai
kepada batas yang menyerupai orang gila jatuh talaknya termasuk paling utama
sesuatu yang apabila pemabuk itu tidak sampai kepada batasan ini. Adapun dua
mazhab yang lain maka memandang bahawa batasan mabuk adalah kegembiraan yang
dapat mengalahkan akal sehingga orang yang mabuk itu tidak penting dalam
percakapannya dimana kebanyakkan kata-katanya main-main. Jika separuh
kata-katanya main-main dan separuhnya serius maka tidak dianggap mabuk tapi
digauli seperti menggauli orang yang sedar dalam seluruh keadaannya tapi orang
yang lebih dari itu dengan bercampurnya akalnya sehungga tidak dapat lagi
membezakan antara langit dan bumi dan antara lelaki dan perempuan maka talaknya
jatuh juga.
2.
Lelaki itu baligh. Tidak jatuh talak suami yang
masih kecil yang belum baligh walaupun sudah menjelang baligh dan boleh
membezakan antara yang baik dan buruk.
Mazhab Hanbali – “Jatuh talak lelaki yang
dapat membezakan antara baik dan buruk dan mengetahui apa itu talak dan yang
mengakibatkan pengharaman isterinya sekalipun suaminya itu belum berumur
sepuluh tahun. Dan sah ia mewakilkan selainnya untuk bercerai sebagaimana orang
lain sah mewakilkannya dalam talak”.
3.
Sang suami tidak dipaksa. Oleh kerana itu tidak
sah talak orang yang dipaksa sesuai dengan perincian dalam mazhab-mazhab
Mazhab Hanafi – mereka berkata: “Talak
orang yang dipaksa berbeza dengan pendapat tiga imam yang lain”. Oleh kerana
itu, jika seseorang dipaksa untuk menceraikan isterinya dengan dipukul atau
dipenjarakan atau diambil hartanya maka talaknya jatuh. Jika sang isteri sudah
dijimak maka tiada apa-apa untuk suami. Jika tidak yakni sudah dijimak maka
orang yang memaksanya wajib memberikan setengah dari mahar. Disyaratkan bahawa
pemaksaan itu dengan mengucapkan talak. Apabila ia memaksanya untuk menulis
talak lalu ia menulisnya maka talaknya tidak jatuh dengan tulisan itu. Demikian
juga apabila ia memaksanya untuk menetapkan tanpa pemaksaan dalam keadaan
berdusta atau main-main maka sesungguhnya talak itu tidak jatuh kerana menurut
agama diantaranya ada Tuhannya tapi jatuh talak itu menurut pengadilan kerana
hakim hanya melihat yang Nampak dan tidak mengetahui apa yang ada dalam hati
sang suami.
Mazhab Maliki – mereka berkata: “Tidak jatuh
talak atas orang yang dipaksa”. Pemaksaan terbahagi dua; pemaksaan untuk
menjatuhkan talak dengan perkataan dan pemaksaan untuk melakukan sesuatu yang
mewajibkan talak. Perbuatan ada kalanya berhubungan dengan hak orang lain da
nada kalanya tidak. Adapun memaksa menjatuhkan talak maka ia tidak wajib
apa-apa tidak juga qada dan tidak juga menurut agama sesuai dengan kesepakatan
para ulama. Sehingga seandainya ia dipaksa untuk menceraikan isterinya talak
satu maka ia menjatuhkan lebih banyak talak maka sesungguhnya ia tidak wajib
memberikan sesuatupun kerana orang yang dipaksa tidak memiliki dirinya seperti
orang gila dengan syarat ia tidak berniat melepaskan ikatan pernikahan secara
batin.
Mazhab Syafi’e – mereka berkata: “Talak
orang yang dipaksa tidak jatuh dengan syarat:
1. Seseorang mengancamnya dengan disakiti iaitu
oleh orang yang mampu untuk melaksanakan ancaman itu ketika itu juga seperti
orang yang berkuasa.
2. Orang yang dipaksa itu tidak mampu untuk
membela dirinya dengan cara lari atau minta tolong dengan orang yang mampu
untuk membelanya
3. Orang yang dipaksa menyangka bahawa jika
ia tidak mahu menceraikan isterinya maka ia dianiaya seperti yang diancamkan
kepadanya
4. Pemaksaan itu bukan dijalan kebenaran.
Jika ia dipaksa untuk menceraikan isterinya dijalan kebenaran maka
jatuhlahtalaknya seperti apabila ia beristeri dua dan bagi salah satu dari dua
isteri itu ada hak pembahagian jatah disisinya dan ia menceraikannya
sebelumisterinya mengambil haknya kemudian ia menikahi saudara perempuannya dan
ia (isteri yang diceraikan tadi) menuntut haknya lau hakim memaksa lelaki ini
untuk menceraikan saudaraperempuan yakni saudara isteri yang diceraikannya dan
mengembalikan wanita yang dicerai tadi sehingga dapat mengambil kembali haknya
maka sesungguhnya perceraian itu sah kerana sesuai dengan kebenaran.
5. Tidak jelas dari orang yang dipaksa itu
jenis kebebasan
6. Ia tidak berniat talak. Jika ia
meniatkannya dalam hatinya maka jatuhlah talak
Mazhab Hanbali – mereka berkata: “Talak
orang yang dipaksa tidak jatuh dengan syarat:
1. Pemaksaan itu bukan dibidang kebenaran
2. Pemaksaan itu dengan sesuatu yang
dirasakan sakit seperti ia diancam dengan sesuatu yang berbahaya dan berat
seperti dibunuh, dipotong tangan atau kakinya atau dipukul dengan keras
3. Pemaksa itu mampu untuk melaksanakan apa
yang diancamkannya
4. Kuat sangkaan orang yang dipaksa ini
bahawa jika ia tidak menceraikan isterinya maka terwujudlah ancaman menyakitkan
itu
5. Orang yang dipaksa ini tidak mampu untuk
membela dirinya dan tidak mampu untuk lari, demikian juga apabila ia dipaksa
dengan dipukul secara nyata atau digantung atau diikat kaki dan tangannya
walaupun tanpa ancaman maka talaknya tidak berlaku dalam keadaan ini
No comments:
Post a Comment