Apabila ia berkata kepada isterinya: Engkau aku ceraikan talak yang sangat keras atau yang panjang atau ia berkata kepada isterinya: Engkau aku ceraikan seperti gunung dan lain-lain
Mazhab Hanafi – pembahasan ini meliputi beberapa perkara:
Pertama – ia mensifati talak dengan suatu sifat sebagaimana tersebut dalam contoh diatas. Hukumnya bahawa jatuhlah talak ba’in kerana sifat memberitahukan kelebihan atas asal makna dan mewajibkan talak ba’in. syarat ia mengatakan: Engkau aku ceraikan talak dengan yang sangat keras atau penceraian yang sangat keras
Kedua – ia mensifati talak dengan af’alu at tabdil seperti ia berkata kepada isterinya: engkau aku ceraikan dengan talak yang paling keji atau paling jahat atau yang paling kotor bahawa jatuhlah talak ba’in seperti gambaran pertama kerana kata yang paling menunjukkan perbezaan tingkatan. Oleh kerana itu talak yang disifati dengannya adalah lebih kuat dari pada yang lain dan inilah makna ba’in.
Ketiga – ia menyerupakan talak dengan sesuatu yang besar seperti ia berkata kepada isterinya: Engkau aku ceraikan dengan talak seperti gunung. Hukumnya adalah jatuhlah talak satu ba’in seperti sebelumnya kerana yang diserupakan itu menyebabkan tambahan iaitu makna talak ba’in.
Keempat – ia menyerupakan talak dengan sesuatu yang kecil dan tidak menyebutkan besar seperti ia berkata kepada isterinya: Engkau aku ceraikan dengan talak seperti kepala jarum. Dalam masalah ini ada perbezaan pendapat. Yang kuat adalah jatuhlah talak ba’in.
Mazhab Maliki – apabila disifati talak dengan sifat yang tidak memberitahukan dengan sesuatu yang hebat sebagaimana apabila ia berkata kepada isterinya: Engkau aku ceraikan dengan talak yang tercantik atau yang terbagus atau yang terbaik dan lain-lain maka jatuhlah talak satu sampai ia berniat lebih banyak daripada satu. Apabila ia berniat lebih banyak daripada satu maka jatuhlah jumlah yang diniatkannya itu. Adapun apabila ia mensifatinya dengan sifat berwazan af’alu tafdil seperti perkataannya: Engkau aku ceraikan dengan cerai yang terburuk atau yang paling keras atau yang paling kotor atau yang paling banyak maka langsung jatuh talak tiga baik ia telah menjimak isterinya ataupun belum. Apabila ia berkata kepada isterinya: Engkau aku ceraikan talak tiga dengan talak sunni maka jatuhlah talak tiga pada wanita yang sudah dijimak menurut kesepakatan ulama dan yang belum dijimak. Ada yang berkata: Jatuhlah talak satu sahaja. Ada yang berkata: Jatuhlah talak tiga dan inilah pendapat yang kuat
Mazhab Syafi’e – apabila disifati talak
dengan suatu sifat baik sifat itu atas wazan af’alu tafdil atau tidak maka
tidaklah jatuh dari talak kecuali sesuatu yang diucapkannya atau yang diniatkannya.
Apabila ia berkata kepada isterinya: Engkau aku ceraikan talak satu atau talak
yang besar atau yang agung atau talak yang paling agung atau talak yang paling
besar atau talak yang paling panjang atau talak yang paling lebar atau talak
yang paling keras atau talak seperti penuhnya gunung atau penuhnya langit dan
bumi maka jatuhlah talak satu jika ia tidak berniat lebih banyak sehingga
jatuhlah apa yang diniatkannya.
Mazhab Hanbali – apabila disifati talak
dengan sifat yang baik seperti perkataannya kepada isterinya: Engkau aku
ceraikan dengan talak yang utama atau yang adil atau yang sempurna atau yang
indah. Atau apabila ia berkata kepada isterinya: Engkau aku ceraikan dengan
talak yang terbaik atau yang terindah atau yang terdekat atau yang teradil atau
yang paling sempurna atau yang paling utama maka semuanya itu dianggap talak
sunni dengan makna bahawasanya jika isterinya dalam keadaan suci dimana ia
menjimaknya pada waktu itu maka jatuhlah talak pada ketika itu juga kerana ia
adalah talak hasan yang baik. Jika tidak seperti isterinya dalam keadaan haid
atau nifas atau dalam sucian dimana ia menjimaknya pada waktu itu kecuali
apabila ia berniat bahawa ia berkata kepada isterinya: Sesungguhnya keadaanmu
yang paling baik adalah engkau diceraikan maka jatuhlah talak pada saat itu
juga.
No comments:
Post a Comment