Wednesday, 10 April 2013
Pembahasan jumlah talak
Lelaki yang merdeka memiliki hak untuk melakukan talak tiga sekalipun isterinya adalah seorang hamba sahaya. Sedangkan hamba sahaya memiliki dua hak talak sekalipun isterinya adalah wanita yang merdeka.apabila seorang lelaki menceraikan isterinya talak tiga sekaligus seperti ia berkata kepadanya: Engkau akuceraikan talak tiga maka jatuhlah talak tiga sebagaimana yang telah diucapkannya menurut empat mazhab. Ini adalah pendapat jumhur
Mazhab Hanafi – bilangan talak yang dianggap bagi wanita maka apabila orang yang merdeka menikahi seorang wanita hamba sahayaia memiliki dua hak talak kerana hak hamba sahaya berkurang dari hak orang yang merdeka dengan perbezaan satu talak. Dan apabila seorang hamba sahaya menikah dengan wanita yang merdeka maka ia memiliki hak talak tiga, kerana orang yang merdeka memilki hak untuk ditalak tiga. Maka lelaki apabila memiliki hak itu akan tetapi jumlahnya berbeza sesuai dengan apakah isterinya wanita merdeka atau wanita hamba sahaya maka wanita merdeka memiliki hak talak tiga sekalipun suaminya adalah hamba sahaya dan wanita hamba sahaya memiliki hak talak dua sekalipun suaminya orang merdeka.
Adapun talak disyaratkan dengan jumlah dibawah tiga maka ada kalanya sah dengan jumlah itu atau yang diniatkannya. Terhadap semuanya ada kalanya talak itu sarih atau kinayah dan semuanya akan dijelaskan menurut tinjauan mazhab-mazhab
Mazhab Hanafi – apabila disyaratkan talak sarih dengan jumlah yang jelas maka dijatuhkanlah seperti lafaz itu. Apabila ia berkata kepada isterinya: Engkau aku ceraikan talak dua maka jatuhlah talak dua dengan menyebut jumlahnya. Seandainya ia berkata: Engkau aku ceraikan dan ia diam. Kemudian ia berkata: Tiga atau dua maka apabila diamnya itu kerana sesak nafasnya maka jatuhlah jumlah talak yang disebutkannya. Jika ia diam kerana keinginannya maka jatuhlah talak satu. Demikian juga apabila disebutkan lafaz tanpa menyebut jumlah talak sebagaimana apabila ia berkata kepada isterinya: Engkau aku ceraikan aku ceraikan maka jatuhlah talak dua apabila isterinya sudah dijimaknya. Adapun apabila isterinya belum dijimaknya maka jatuhlah talak satu kerana jatuh talak ba’in.
Dari sini kita mendapat kejelasan bahawa apabila ia berkata kepada isterinya: Engkau aku ceraikan aku ceraikan atau ia berkata kepada isterinya: Engkau aku ceraikan aku ceraikan aku ceraikan maka jatuhlah talak tiga menurut pengadilan baik ia berniat dengan itu talak satu atau talak tiga tapi apabila ia berniat dengan talak pertama itu talak dengan yang kedua dan yang ketiga memberinya kefahaman bahawa ia telah menceraikannya maka tidak jatuh diantaranya dan Allah kecuali talak satu.
Mazhab Maliki – apabila talak sarih terikat dengan jumlah yang jelas seperti engkau aku ceraikan talak dua atau talak tiga maka jatuhlah jumlah yang disebutkannya secara pasti. Demikian juga apabila ia berniat dengan perkataannya engkau aku ceraikan dan ia berniat talak tiga atau talak dua maka jatuhlah jumlah yang diniatkannya. Adapun apabila ia tidak berniat maka jatuhlah talak satu senagaimana yang telah terdahulu dalam penjelasan talak sarih. Jika ia mengulangi talak secara lafaz maka ini mengandungi dua keadaan pertama ia mengulangnya tanpa huruf ataf. Kedua ia mengulangnya dengan huruf ataf.
Mazhab Syafi’e – apabila terikat talak sarih dengan jumlah maka jatuhlah jumlah itu. Apabila ia berkata kepada isterinya: Engkau aku ceraikan talak tiga atau talak dua maka jatuhlah jumlah yang disebutkannya. Sesungguhnya telah diterangkan dalam kinayah bahawasanya kalau ia berniat dengan perkataannya engkau aku ceraikan lebih banyak daripada satu maka jatuhlah jumlah yang diniatkannya sehingga walaupun ia berkata: Engkau aku ceraikan talak satu dan ia meniatkan talak dua atau talak tiga maka jatuhlah jumlah yang diniatkannya. Demikian juga apabila ia berkata kepada isterinya: Engkau aku ceraikan talak dua. Apabila ia berniat talak tiga maka jatuhlah talak tiga. Sebahagian mereka berpendapat bahawa apabila talak itu terikat dengan satu atau dua maka niat menambah itu tidak berlaku kerana memandang kenyataan.
Mazhab Hanbali – apabila talak disifati dengan jumlah yang jelas maka jatuhlah jumlah itu. Kalau ia berkata kepada isterinya engkau aku ceraikan tiga maka jatuhlah talak tiga. Demikian juga apabila ia berniat jumlah dan tidak menyebutkannya dengan jelas maka seandainya ia berkata: Engkau aku ceraikan atau engkau cerai atau engkau aku ceraikan dengan cerai dan ia berniat talak dua atau talak tiga maka jatuhlah apa yang diniatkannya sebagaimana apabila ia berniat talak satu maka sesungguhnya jatuhlah talak satu selagi ia tidak berniat apapun maka jatuhlah talak satu. Apabila ia berkata kepada isterinya: Engkau aku ceraikan dan ia berniat talak tiga maka tidak jatuh kecuali talak satu.
Yang demikian itu kerana sesungguhnya lafaz aku ceraikan tidak mengandungi jumlah talak ataupun talak ba’in sehingga tidaklah jatuh dengannya kecuali talak satu sekalipun ia berniat lebih banyak lagi tapi yang pertamalah yang paling benar. Apabila ia berkata kepada isterinya: Engkau aku ceraikan talak satu dan ia berniat lebih banyak lagi maka sesungguhnya tidaklah jatuh kecuali talak satu kerana bahawasanya ia telah berniat sesuatu yang tidak dikandung oleh lafaz sehingga niat tidak berlaku. Seperti yang demikian itu juga adalah apabila ia berkata kepada isterinya: Engkau aku ceraikan talak tiga dan ia berniat talak satu maka sesungguhnya jatuhlah talak tiga kerana ia telah berniat yang berbeza dengan kandungan lafaz.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment