Khulu’ adalah satu jenis talak kerana terkadang talak dijatuhkan tanpa ganti rugi dan terkadang dengan ganti rugi dan yang kedua inilah yang dinamakan dengan khulu’ (talak yang dijatuhkan dengan pembayaran atau ganti rugi).
Mazhab Syafi’e – asal hukum khulu’ adalah makruh dan sangat dianjurkan jika pihak isteri merasa teraniaya dan tidak ada hukum lain selain hukum ini khulu’ tidak dapat menjadi haram tidak wajib
Mazhab Maliki – khulu’ tidak sah dijatuhkan pada saat terlarang seperti halnya talak sebagaimana yang dibahas pada bab talak bid’ah
Apakah seorang lelaki boleh menganiaya atau menyeksa isteri sehingga ai minta cerai dengan memberi ganti rugi lalu jika pembayaran tersebut dilakukan apakah khulu’ dianggap sah lalu mengambil bayaran yang setimpal?
Mazhab Hanafi – jika suami berlaku kasar kepada isteri dengan tujuan agar isteri menggugat hak cerai maka ia diharamkan mengambil bayaran tersebut sama sahaja apakah dari mahar dan lainnya. Sebagaimana yang digambarkan dalam firman Allah: maka janganlah kalian mengambil dari mahar sedikitpun. Ayat ini melarang suami mengambil mahar yang telah diberikan kepada isteri sementara jika isteri berperilaku buruk terhadap suaminya bahkan tidak memberi haknya atau mengkhianatinya maka suami berhak mengambil ganti rugi atas talak yang ia jatuhkan dan perbuatan tersebut tidak makruh.
Mazhab Maliki – jika seorang lelaki
menggauli isteri dengan buruk dengan tujuan agar isteri menggugat hak cerainya
dengan bayaran jika hal ini dilakukannya kerana isteri sering meninggalkan
solat atau kerana malas mandi jenabah maka ia boleh melakukannya. Bahkan ia
boleh mengurung dan memberikan pelajaran sampai ia mahu melakukan kewajipannya.
Jika ia menginginkan khulu’ maka ia boleh melakukannya sementara jika ia
memperlakukan isteri dengan buruk seperti memukul dan menamparinya kerana alas
an benci atau dengan tujuan untuk memperoleh harta atau isteri merasa mendapat
dharar jika tetap bersama isteri. Jika suami melakukan hal ini kepada isteri
lalu ia dibayar untuk menjatuhkan talak maka jatuhlah talak ba’in,sementara
harta yang diambil dari isteri dikembalikan kepada isteri lagi jika khulu’
dilakukan pada saat isteri menyusui atau hamil.
Mazhab Hanafi – jika suami memperlakukan
isteri dengan perlakuan yang tidak baik misalnya ia memukul atau menahan haknya
dengan tujuan agar isteri meminta hak gugatan cerai dengan memberikan bayaran
maka khulu’ dalam hal ini menjadi batal, sementara suami wajib mengembalikan
apa yang ia terima dari isteri dan isteri tetap dalam tanggungan suami seperti
halnya sebelum khulu’ terjadi, kerana isteri tidak redha dalam membayar ganti
rugi talak sehingga suami tidak berhak mengambilnya. Firman Allah s.w.t: “dan
janganlah kalian menyakiti mereka isteri-isterimu dengan tujuan agar engkau
dapat mengambil kembali apa yang telah engkau berikan”.
Mazhab Syafi’e – asal hukum khulu’ adalah
makruh, dengan demikian seorang suami makruh mengkhulu’ isterinya tanpa ada
keperluan, seorang isteri juga makruh mengeluarkan harta untuk membayar khulu’
tanpa dharar atau alas an yang jelas akan tetapi hukum makruh ini mendapat
pengecualian dalam dua hal antaranya:
Pertama – terjadi hubungan tidak baik
diantara mereka berdua dimana masing-masing pasangan tidak memberikan hak
kepada yang lain misalnya jika isteri tidak mentaati suami lagi bahkan
akhlaknya sangat buruk atau sebaliknya suami memperlakukan isteri dengan
perlakuan yang tidak baik maka dalam keadaan ini khulu’ sangat dianjurkan.
Kedua – suami bersumpah menjatuhkan talak
tiga dengan syarat ia tidak akan memasuki gedung ini atau ia tidak akan
memasuki gedung ini selama satu tahun maka dalam keadaan ini suami berhak
mengkhulu’ isteri tanpa makruh sehingga jatuh talak ba’in dan ia boleh memasuki
rumah tersebut sebab wanita tersebut bukan isterinya lagi dengan demikian ia
tidak wajib menjatuhkan talak tiga sebagaimana yang ada dalam
sumpahnya,kemudian ia telah menjatuhkan talak satu kerana khulu’ tersebut adalah
talak bukan fasakh.
No comments:
Post a Comment