Talak sarih terbahagi menjadi talak raj’I dan talak ba’in.
Mazhab Hanafi – Talak sarih terbahagi dua yakni talak sarih raj’i dan talak sarih ba’in. Adapun talak sarih raj’I yang terkumpul padanya lima syarat:
1. Sighatnya (pernyataannya) mengandungi
huruf talak seperti perkataannya kepada isterinya: Aku telah menceraikanmu dan
engkau aku ceraikan dan dengan lafaz mutallakah dengan tasydid. Adapun lafaz
mutlakah dengan takhfif maka sesungguhnya lafaz inimengandungi lafaz itlak
yakni pelepasan dari ikatan tahanan dalam rumah dan mengizinkan isteri untuk
keluar. Oleh kerana itu talak ini menjadi talak kinayah.
2. Lafaz talak tidaklah secara hakikatnya.
Apabila ia menceraikan isterinya sebelum dijimak dengan talak sarih maka
menjadi talak ba’in bukan menjadi talak raj’i, yang dimaksudkan dengan jimak
yang sebenarnya adalah menjimak dengan cara yang terdahulu dalam pembahasan
mahar. Adapun khalwat dengannya iaitu menjimaknya secara hukum maka tidak
dianggap apa-apa. Adapun ia berkhalwat dengannya kemudian menceraikannya
sebelum dijimak dengan talak sarih maka talak itu menjadi talak ba’in.
3. Lafaz talak diiringi dengan iwad seperti
ucapannya kepada isterinya: Aku menceraikanmu dengan membayar akhir mahar dan
lain-lain maka jadilah talak itu menjadi talak ba’in bukan talak raj’i.
4. Talak itu tidak diiringi dengan jumlah
tiga, tidak nash, tidak isyarat dan tidak disipati dengan sifat yang
memberitahukan talak ba’in atau menunjukkan atas talak ba’in tanpa huruf atap.
5. Talak itu tidak menyerupai jumlah atau
sifat yang menunjukkan talak ba’in seperti ucapannya: Aku menceraikanmu dengan
talak seperti talak tiga maka apabila ia meniatkan dengan talak itu satu sahaja
maka jatuhlah talak satu ba’in. jika tidak maka jatuhlah talak tiga seperti
itu. Apabila ia berkata kepada isterinya: aku ceraikan seperti matahari atau
seperti bulan maka talak jatuh satu dan ba’in.
Mazhab Maliki – Talak sarih lafaznya ada dalam bentuk empat macam: 1. Tallaqtu, 2. Ana taliqun minki, 3. Anti taliqun atau mutallaqatun minni (dengan tasydid lam), 4. Attalaku li lazim atau minni atau laki atau alaika lazim dan lain-lain. Lafaz yang empat ini adalah sarih dan pasti dengan setiap lafaz dari setiap lafaz yang empat ini adalah sarih dan pasti dengan setiap lafaz dari setiap lafaz yang empat ini jatuh talak satu sekalipun ia tidak berniat apapun. Adapun apabila ia berniat dengan talak itu dua atau tiga maka jatuhlah apa yang diniatkannya berbeza dengan pendapat mazhab Hanafi yang berkata bahawa talak sarih tidak diniatkan padanya. Seandainya ia berniat dengannya lebih dari satu maka tidaklah mesti kecuali talak satu. Kemudian talak sarih yang jatuh dengan talak itu talak satu jika terjadi sebelum jimak atau dalam bandingan diganti iaitu khulu’ maka talak ini menjadi talak ba’in. jika tidak maka menjadi talak raj’i.
Mazhab Syafi’e – Talak terbahagi menjadi dua: Sarih binafsihi dan sarih bighairihi. Kesimpulannya bahawa sesungguhnya talak sarih binafsihi menurut mereka adalah yang terkumpul padanya dua perkara:
Pertama – dalam ucapannya ada
berulang-ulang dalam al-Quran hal ini jelas dalam lafaz talak dan pecahan
darinya. Adapun as sarah maka Allah s.w.t berfirman: “Pertahankanlah isteri
kalian dengan cara yang baik atau ceraikanlah mereka dengan cara yang baik”.
Allah s.w.t berfirman: “Maka dipertahankan dengan cara yang baik atau diceraikan
dengan cara yang baik”. Adapun lafaz al-firaq maka Allah s.w.t berfirman: “Maka
pertahankanlah mereka dengan cara yang baik atau ceraikanlah mereka dengan cara
yang baik”. Lafaz al-firaq tidak berulang-ulang dalam al-Quran tapi
berulang-ulang maknanya lalu dimulhakkan kepada yang berulang-ulang.
Kedua – terkenal pemakaiannya dalam
talak. Jelasnya bahawa as sarah dan al-firaq sudah dikenal pemakaiannya dalam
talak sehingga menjadi talak sarih.
Adapun talak sarih bighairihi maka ia adalah
yang diambil dari lafaz khulu’ atau lafaz mufradat dengan syarat dimudhafkan
kepada harta secara lafaz atau niat. Seperti perkataan suami kepada isterinya:
Aku mengkhulu’mu atau aku menebusmu atau meminta tebusan darimu dengan bayaran
sekian. Maka lafaz yang diambil dari kata khulu’ atau mufradat bukanlah talak
sarih binafsihi tapi dengan mengidhafatkannya kepada harta. Jika ia tidak
mengidhafatkannya maka jadilah talak itu talak kinayah sebagaimana yang akan
diterangkan dalam babnya. Kemudian sarih bighairihi harus ada salah satu dua
syarat yang lau dalam sarih binafsihi iaitu ada kalanya ada sebutannya dalam
al-Quran sekalipun tidak berulang-ulang. Demikian juga apabila ada datang
maknanya atau terkenal penggunaannya dalam talak.
Mazhab Hanbali – definisi talak sarih
adalah lafaz yang tidak mengandungi makna yang lain sesuai dengan susunan
kalimat menurut kebiasaan. Lafaz talak menjadi sarih untuk melepaskan akad
pernikahan dan tidak mengandungi pengertian lain menurut kebiasaan walaupun
dapat menerima takwil sesuai dengan makna aslinya seperti melepaskan dari
ikatan. Hal itu tergantung dalam lafaz talak dan yang bertasrif darinya menurut
kebiasaan seperti thaliqun, muthallaqatun dan thallaqtuki berbeza dengan
seperti thalliqi, athlaqtuki dan muthalliqatun dengan kasrah lam isim fail maka
lafaz-lafaz ini tidak dipakai menurut kebiasaan untuk melepaskan ikatan
pernikahan. Oleh kerana itu dapat diketahui bahawa lafaz-lafaz as-sarah,
al-fira, al-khulu’ dan al-mufradat bukanlah termasuk talak sarih sesuai
pendapat Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki berbeza dengan pendapat Mazhab Syafi’e
kerana lafaz-lafaz ini dipakai pada selain secara banyak sehingga tidak mungkin
menghitungnya termasuk dari talak sarih.
No comments:
Post a Comment