Friday, 15 March 2013

Pembahasan hukum-hukum yang timbul akibat talak bidi’


Apabila suami menceraikan isterinya dengan talak bid’I maka disunatkan baginya untuk merujuk isterinya. Jika ia dirujuk kembali oleh suaminya kemudian suaminya mempertahankannya sampai ia suci dari haid yang pada waktu itu ia diceraikan oleh suaminya. Kemudian ia haid dan suci tanpa sang suami mendekatinya kemudian menceraikannya kembali pada masa suci yang kedua yang tidak didekatinya dan juga tidak pada haid yang sebelumnya maka ini dianggap talak bid’i baik talak satu mahupun lebih sesuai dengan kesepakatan para imam mazhab yang empat 

Mazhab Maliki – mereka berkata: Seharusnya dia merujuknya kerana ia telah berbuat maksiat. Oleh kerana itu ia wajib keluar dari maksiat itu. Jika ia tidak mahu merujuk maka ia harus diancam oleh hakim dengan hukum kurungan jika ia tidak mahu merujuknya. Jika ia tidak mengabaikan ancaman hakim setelah itu maka ia dijatuhkan hukuman kurungan. Jika dia tidak serik juga setelah dikurung maka dia diancamdengan hukuman cambuk. Jika ia tidak mahujuga merujuk isterinya setelah diancam maka hakim mencambuknya dengan cambukan sesuai dengan kebijakan hakim 

Mazhab hanafi – mereka berkata: Dalam hukum rujuk dari talak bid’I ada dua pendapat:
 
1.    rujuk disunatkan. Ini adalah pendapat yang lemah
2.    rujuk pada waktu itu diwajibkan sebagaimana pendapat mazhab Maliki
 
Tidak mengatakan bahawa sang hakim merujuk isteri dari suaminya yang telah menceraikannya itu sah sebagaimana yang dikatakan oleh mazhab Maliki, tapimereka berkata: Sesungguhnya setiap maksiat yang tidak dihad dan tidak harus membayar kifarat wajib dilaksanakan hukum ta’zir sesuai kebijaksanaan hakim untuk mengajarnya agar kembali lagi dimana syariat memandang rujuk untuk mengangkat pengaruh maksiat maka rujuk sama posisinya dengan taubat apabila ia merujuk isterinya maka hilanglah hukum ta’zir. Jika ia tidak merujuk isterinya makasang hakim boleh menta’zirnya sesuai dengan kebijaksanaan untuk mengajarnya agar tidak kembalilagi berbuat maksiat. 

Dengan begitu dapat diketahui bahawa Mazhab Syafi’e dan Mazhab Hanbali bersepakat bahawa rujuk itu sunnah, sedangkan Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki bersepakat bahawa rujuk itu wajib tapi mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki berbeza pendapat tantang huraian permasalahan ini sesuai dengan keterangan kita diatas.

Pembahagian talak kepada wajib,haram dan lain-lain


Asal dalam talak adalah bahawa talak itu disifati dengan kemakruhan. Setiap talak pada dasarnya makruh. Oleh kerana itu, seorang lelaki tidak boleh menceraikan isterinya tanpa sebab. Oleh kerana itu, Nabi s.a.w bersabda: (Halal yang paling dimurkai oleh Allah s.w.t adalah talak). Oleh kerana itu, talak menjadi wajib hukumnya dan dipaksa seorang suami menceraikan isterinya apabila sang suami lemah untuk menggauli isterinya atau memberi nafkah kepadanya kerana isterinya berhak untuk meminta cerai darinya dan dikabulkan permintaannya dengan dasar bahawa wajib atas suami menurut agama. 
Talak hukumnya haram apabila boleh menjerumuskan kedalam perzinaan dengannya atau dengan wanita lain atau boleh menyebabkan memakan hak-hak orang. Talak hukumnya makruh apabila suami menceraikan isterinya tanpa sebab sebagaimana yang diketahui bahawa asal dalam talak itu adalah tidak boleh. Talak hukumnya sunat apabila sang isteri rosak akhlaknya baik wanita itu pelacur atau rosak akhlaknya atau meninggalkan kewajipan seperti solat,puasa dan lain-lain. 

Mazhab Hanafi – mereka berkata: Sesungguhnya tidak sah bagi seseorang menceraikan isterinya dengan sebab apapun, tapi suami yang lemah memberi nafkah kepada isterinya ia diajar dengan hukuman penjara sehingga ia menceraikan isterinya atau memberinya infak sebagaimana yang mereka katakana: sesungguhnya tidak dipaksa seseorang menceraikan isterinya kecuali kerana tidak mampu untuk berjimak seperti disebabkan oleh impoten atau sebab lainnya. 

Mazhab Hanbali – mereka berkata: Dalam hal ini ada dua pendapat: Sesungguhnya menceraikan isteri yang rosak akhlaknya itu sunnah tapi yang dinukil dari Imam Ahmad bahawa menceraikan wanita yang rosak akhlaknya wajib terutama apabila dia itu seorang wanita tukang zina atau meninggalkan solat atau puasa.

Syarat-syarat talak

 
1.    Sang suami harus berakal. Oleh kerana itu tidak sah talak yang dijatuhkan oleh suami yang gila walaupun kegilaannya itu dating terputus-putus dan tidak tetap. Apabila ia menceraikan isterinya ketika ia sedang gila maka tidak dianggap talak dan tidak dihitung setelah ia tersedar dari gilanya dan tidak dihitung setelah ia tersedar. Tidak ada perbezaan pada terjadinya talak dari orang yang mabuk dan melampaui batas dengan mabuknya antara ia sampai kepada batas yang menyerupai orang gila. Oleh kerana itu tidak boleh ia membezakan antara langit dan bumi,lelaki dan perempuan. Talaknya jatuh baik pada awal mabuknya atau akhirnya.

Mazhab Hanafi – “Had mabuk menurut imam adalah kesenangan yang menghilangkan akal sehingga orang mabuk tidak dapat membezakan antara langit dan bumi”. Maknanya bahawa orang mabuk yang sampai kepada batas yang menyerupai orang gila jatuh talaknya termasuk paling utama sesuatu yang apabila pemabuk itu tidak sampai kepada batasan ini. Adapun dua mazhab yang lain maka memandang bahawa batasan mabuk adalah kegembiraan yang dapat mengalahkan akal sehingga orang yang mabuk itu tidak penting dalam percakapannya dimana kebanyakkan kata-katanya main-main. Jika separuh kata-katanya main-main dan separuhnya serius maka tidak dianggap mabuk tapi digauli seperti menggauli orang yang sedar dalam seluruh keadaannya tapi orang yang lebih dari itu dengan bercampurnya akalnya sehungga tidak dapat lagi membezakan antara langit dan bumi dan antara lelaki dan perempuan maka talaknya jatuh juga.

2.    Lelaki itu baligh. Tidak jatuh talak suami yang masih kecil yang belum baligh walaupun sudah menjelang baligh dan boleh membezakan antara yang baik dan buruk.

Mazhab Hanbali – “Jatuh talak lelaki yang dapat membezakan antara baik dan buruk dan mengetahui apa itu talak dan yang mengakibatkan pengharaman isterinya sekalipun suaminya itu belum berumur sepuluh tahun. Dan sah ia mewakilkan selainnya untuk bercerai sebagaimana orang lain sah mewakilkannya dalam talak”.

3.    Sang suami tidak dipaksa. Oleh kerana itu tidak sah talak orang yang dipaksa sesuai dengan perincian dalam mazhab-mazhab

Mazhab Hanafi – mereka berkata: “Talak orang yang dipaksa berbeza dengan pendapat tiga imam yang lain”. Oleh kerana itu, jika seseorang dipaksa untuk menceraikan isterinya dengan dipukul atau dipenjarakan atau diambil hartanya maka talaknya jatuh. Jika sang isteri sudah dijimak maka tiada apa-apa untuk suami. Jika tidak yakni sudah dijimak maka orang yang memaksanya wajib memberikan setengah dari mahar. Disyaratkan bahawa pemaksaan itu dengan mengucapkan talak. Apabila ia memaksanya untuk menulis talak lalu ia menulisnya maka talaknya tidak jatuh dengan tulisan itu. Demikian juga apabila ia memaksanya untuk menetapkan tanpa pemaksaan dalam keadaan berdusta atau main-main maka sesungguhnya talak itu tidak jatuh kerana menurut agama diantaranya ada Tuhannya tapi jatuh talak itu menurut pengadilan kerana hakim hanya melihat yang Nampak dan tidak mengetahui apa yang ada dalam hati sang suami.

Mazhab Maliki – mereka berkata: “Tidak jatuh talak atas orang yang dipaksa”. Pemaksaan terbahagi dua; pemaksaan untuk menjatuhkan talak dengan perkataan dan pemaksaan untuk melakukan sesuatu yang mewajibkan talak. Perbuatan ada kalanya berhubungan dengan hak orang lain da nada kalanya tidak. Adapun memaksa menjatuhkan talak maka ia tidak wajib apa-apa tidak juga qada dan tidak juga menurut agama sesuai dengan kesepakatan para ulama. Sehingga seandainya ia dipaksa untuk menceraikan isterinya talak satu maka ia menjatuhkan lebih banyak talak maka sesungguhnya ia tidak wajib memberikan sesuatupun kerana orang yang dipaksa tidak memiliki dirinya seperti orang gila dengan syarat ia tidak berniat melepaskan ikatan pernikahan secara batin.

Mazhab Syafi’e – mereka berkata: “Talak orang yang dipaksa tidak jatuh dengan syarat:
1.  Seseorang mengancamnya dengan disakiti iaitu oleh orang yang mampu untuk melaksanakan ancaman itu ketika itu juga seperti orang yang berkuasa.
2.   Orang yang dipaksa itu tidak mampu untuk membela dirinya dengan cara lari atau minta tolong dengan orang yang mampu untuk membelanya
3.   Orang yang dipaksa menyangka bahawa jika ia tidak mahu menceraikan isterinya maka ia dianiaya seperti yang diancamkan kepadanya
4.  Pemaksaan itu bukan dijalan kebenaran. Jika ia dipaksa untuk menceraikan isterinya dijalan kebenaran maka jatuhlahtalaknya seperti apabila ia beristeri dua dan bagi salah satu dari dua isteri itu ada hak pembahagian jatah disisinya dan ia menceraikannya sebelumisterinya mengambil haknya kemudian ia menikahi saudara perempuannya dan ia (isteri yang diceraikan tadi) menuntut haknya lau hakim memaksa lelaki ini untuk menceraikan saudaraperempuan yakni saudara isteri yang diceraikannya dan mengembalikan wanita yang dicerai tadi sehingga dapat mengambil kembali haknya maka sesungguhnya perceraian itu sah kerana sesuai dengan kebenaran.
5.    Tidak jelas dari orang yang dipaksa itu jenis kebebasan
6.    Ia tidak berniat talak. Jika ia meniatkannya dalam hatinya maka jatuhlah talak 

Mazhab Hanbali – mereka berkata: “Talak orang yang dipaksa tidak jatuh dengan syarat:
1.    Pemaksaan itu bukan dibidang kebenaran
2.  Pemaksaan itu dengan sesuatu yang dirasakan sakit seperti ia diancam dengan sesuatu yang berbahaya dan berat seperti dibunuh, dipotong tangan atau kakinya atau dipukul dengan keras
3.    Pemaksa itu mampu untuk melaksanakan apa yang diancamkannya
4.   Kuat sangkaan orang yang dipaksa ini bahawa jika ia tidak menceraikan isterinya maka terwujudlah ancaman menyakitkan itu
5.    Orang yang dipaksa ini tidak mampu untuk membela dirinya dan tidak mampu untuk lari, demikian juga apabila ia dipaksa dengan dipukul secara nyata atau digantung atau diikat kaki dan tangannya walaupun tanpa ancaman maka talaknya tidak berlaku dalam keadaan ini

Rukun Talak



Rukun talak ada empat:

1-  Suami: tidak terjadi talak lelaki lain yang tidak memiliki akad nikah kerana sesungguhnya engkau apabila telah mendifinasikan bahawa talak adalah mengangkat akad nikah maka tidak boleh terwujud hakikat talak kecuali setelah hakikat akad.
2-    Isteri: oleh kerana itu tidak jatuh talak atas wanita lain sebagaimana yang telah engkau ketahui sepertinya juga wanita yang dijimak dengan kepemilikan sebagai hambanya. Seandainya ia menceraikan hambanya maka cerainya tidak jatuh kerana hambanya itu bukan isterinya.
3-    Bentuk talak: kata yang menunjukkan lepasnya akad nikah baik secara jelas mahupun kinayah
4-    Maksud: mengucapkan dengan lafaz talak

Mazhab Hanafi dan Mazhab Hanbali – mereka berkata: “Sesungguhnya rukun talak satu perkara iaitu sifat yang ada dengan orang yang menceraikan iaitu terjadinya perceraian sebagaimana yang telah diterangkan dalam definisinya”. Tatkala talak tidak mungkin nyata kecuali dengan ungkapan yang menunjukkan pengertian talak maka mereka berkata: ”Sesungguhnya rukun talak adalah bentuk unkapan yang menunjukkan yang sebenarnya baik dengan kata yang jelas mahupun kinayah (sindiran)”. Adapun selain empat perkara yang tersebut sebagai rukun talak maka itu tidak jelas kerana suami dan isteri adalah dua badan yang dapat disaksikan. Talak adalah sifat anggapan.oleh kerana itu tidak ada pengertiannya kalau suami isteri dianggap maknawi. Bentuk adalah sifat bagi pembicaranya. Tidak mungkin dianggap sebagai rukun kerana darurat kerana sifat itu menunjukkan pengertian talak.

Mazhab Maliki dan Mazhab Hanbali – mereka berkata: “Jika sang suami menggantungkan talak isterinya kalau isterinya menikah lagi maka talaknya itu dianggap jatuh dan jatuhlah talaknya apabila ia menikahinya”. Sesungguhnya tidak ada hujah dalam hadis yang tersebut diatas yang meniadakan hal ini kerana talak digantungkan atas memiliki banyak wanita. Apabila ada kepemilikan maka jatuhlah talak. Talak tidak jatuh dalam bentuk taklik sebelum kepemilikan.