Rukun talak ada empat:
1- Suami: tidak terjadi talak lelaki lain yang
tidak memiliki akad nikah kerana sesungguhnya engkau apabila telah
mendifinasikan bahawa talak adalah mengangkat akad nikah maka tidak boleh
terwujud hakikat talak kecuali setelah hakikat akad.
2-
Isteri: oleh kerana itu tidak jatuh talak atas
wanita lain sebagaimana yang telah engkau ketahui sepertinya juga wanita yang
dijimak dengan kepemilikan sebagai hambanya. Seandainya ia menceraikan hambanya
maka cerainya tidak jatuh kerana hambanya itu bukan isterinya.
3-
Bentuk talak: kata yang menunjukkan lepasnya
akad nikah baik secara jelas mahupun kinayah
4-
Maksud: mengucapkan dengan lafaz talak
Mazhab Hanafi dan Mazhab Hanbali – mereka berkata: “Sesungguhnya
rukun talak satu perkara iaitu sifat yang ada dengan orang yang menceraikan
iaitu terjadinya perceraian sebagaimana yang telah diterangkan dalam
definisinya”. Tatkala talak tidak mungkin nyata kecuali dengan ungkapan yang
menunjukkan pengertian talak maka mereka berkata: ”Sesungguhnya rukun talak
adalah bentuk unkapan yang menunjukkan yang sebenarnya baik dengan kata yang
jelas mahupun kinayah (sindiran)”. Adapun selain empat perkara yang tersebut
sebagai rukun talak maka itu tidak jelas kerana suami dan isteri adalah dua
badan yang dapat disaksikan. Talak adalah sifat anggapan.oleh kerana itu tidak
ada pengertiannya kalau suami isteri dianggap maknawi. Bentuk adalah sifat bagi
pembicaranya. Tidak mungkin dianggap sebagai rukun kerana darurat kerana sifat
itu menunjukkan pengertian talak.
Mazhab Maliki dan Mazhab Hanbali – mereka berkata: “Jika sang suami
menggantungkan talak isterinya kalau isterinya menikah lagi maka talaknya itu
dianggap jatuh dan jatuhlah talaknya apabila ia menikahinya”. Sesungguhnya
tidak ada hujah dalam hadis yang tersebut diatas yang meniadakan hal ini kerana
talak digantungkan atas memiliki banyak wanita. Apabila ada kepemilikan maka
jatuhlah talak. Talak tidak jatuh dalam bentuk taklik sebelum kepemilikan.
No comments:
Post a Comment