Wednesday 10 April 2013

Pembahasan rujuk dan pengertiannya


Ar Raj’atun dengan menfatahkan huruf ra menurut riwayat dikasrahkan akan tetapi sebahagian ahli bahasa mengingkari lafaz kasrahnya kerana dengan lafaz ini memiliki makna bentuk sebagaimana yang dikatakan Ibnu Maliki dan perbuatan yang dilakukan satu kali saja seperti halnya kalimat jilsatun dan perbuatan dalam satu bentuk seperti jilsatun, hal ini tidak boleh dinafikan bahawa maknanya adalah salah satu bentuk rujuk akan tetapi hal ini sering sekali didengar. Jika pemakaiannya didengar dengan mengkasrahkan satu kali maka menurut bahasa ia dianggap benar 

Mazhab Hanafi – Ar Raj’ah adalah menetapkan hak kepemilikan secara parmanen tanpa ganti rugi selama seorang wanita masih dalam masa ‘idah. Adapun maksud perkataannya: menetapkan hak kepemilikan: bahawa kepemilikan tersebut adalah hak isteri dan dibimbangkan dapat hilang dengan habisnya ‘idah talak raj’i. Dengan demikian rujuk dapat menghilangkan keraguan tersebut sementara memparmanenkan kepemilikan dapat dilakukan selamanya. Oleh sebab itu ia berkata: kepemilikan parmanen kerana kepemilikan tersebut ada kerana talak raj’i belum terputus dan adapun maksud firman Allah: “dan anak-anak mereka lebih berhak untuk mengembalikan mereka”, maksudnya adalah isteri-isteri mereka lebih berhak untuk merujuk mereka  dengan demikian al-Raddah memiliki makna rujuk. Dimana seseorang mempamanenkan kembali kepemilikannya bukan beerti maknanya mengembalikan kepemilikan yang hilang sebagaimana yang dilakukan seseorang ketika kehilangan hak miliknya. Walaupun pada hakikatnya ia tidak hilang dengan perbuatan. 

Mazhab Maliki – rujuk adalah kembalinya isteri yang ditalak kepada hak suami tanpa harus melakukan akad baru lagi. Adapun maksud perkataannya: Tanpa melakukan akad baru lagi: kalimat ini tidak termasuk kembalinya isteri yang telah ditalak ba’in dengan akad baru kerana hal ini tidak dinamakan sebagai bentuk rujuk. Akan tetapi perbuatan ini dinamakan terjalinnya hubungan suami isteri kembali kerana hubungan ini tergantung kepada keredhaan kedua belah pihak. 

Menurut sebahagian menyatakan bahawa jika talak rujuk terjadi maka mereka diharamkan bertemu dan bercumbu tanpa niat rujuk dan jika seseorang berniat rujuk maka hukum haram berhubungan tersebut telah hilang kerana pada hakikatnya mereka telah rujuk kembali. Demikian pula jika seorang suami menjatuhkan talak bid’ah sementara ia tidak redha dengan rujuknya, maka hakim berhak memaksa mereka untuk rujuk dengan demikian haramnya bercumbu bagi mereka terangkat. 

Mazhab Syafi’e – rujuk adalah mengembalikan wanita kedalam ikatan pernikahan yang telah ditalak selama penceraian tersebut belum sampai kepada talak ba’in dan masih dalam masa ‘idah. Maksudnya adalah bahawa talak raj’I memyebabkan isteri tersebut haram bagi suami dan sama seperti orang lain. Bahkan ia tidak berhak mencumbuinya tanpa izin isteri tersebut dengan kepemilikannya terhadap isteri berkurang. Dengan demikian rujuk adalah: kembalinya seorang wanita kepada ikatan pernikahan secara utuh sehingga ia boleh dicumbui dan ini adalah pendapat yang lebih hasan 

Mazhab Hanbali – rujuk adalah mengembalikan isteri yang ditalak kepada hak suami tanpa akad nikah selama ia diceraikan diluar talak ba’in. Ini merupakan define yang lengkap dan tidak seorangpun yang menentangnya. Akan tetapi ulama Hanbali berkata: bahawa terkadang rujuk dilakukan dengan lafaz tertentu atau dengan persetubuhan sama sahaja dilakukan dengan niat rujuk atau tidak.

Syarat-syarat lafaz khulu’


Para ulama mazhab menjelaskan lafaz dan syarat-syarat khulu’ secara terperinci 

Mazhab Hanafi – kami telah menyampaikan kepada anda bahawa lafaz talak terdiri dari tujuh. Dan yang terpenting saat ini adalah mempelajari hukum yang berhubungan dengan setiap lafaz tersebut dimana sahnya setiap lafaz tersebut tergantung kepada kesepakatan isteri ia juga harus mengetahui makna khulu’ sementara jika seorang isteri menawarkan khulu’ dengan bahasa asing, sementara suami menerimanya tanpa mengetahui kalimat tersebut adalah khulu’ maka jatuhlah talak ba’in. perlu diketahui bahawa khulu’ bagi pihak lelaki adalah sumpah jika ia memulai khulu’ dengan berkata: aku mengkhulu’mu dengan bayaran seratus maka ia tidak memiliki hak untuk merujuk ucapannya, ia juga tidak memiliki hak membatalkan atau melarang isteri untuk menerimanya. Dan ia harus menyerahkan sepenuhnya kepada persetujuan isteri. 

Sementara khulu’ bagi pihak wanita adalah ganti rugi harta kerana ia memberikan sejumlah harta kepada suami yang menjatuhkan talak. Demikianlah makna pemberian ganti rugi diantara kedua belah pihak dimana pihak pertama memberikan sejumlah harta dengan jalan kepemilikan, sementara pihak kedua memberi harta sebagai pengganti kepemilikan harta trsebut. Jika keadaannya demikian maka suami boleh merujuk kembali khulu’ tersebut sebelum isteri menerimanya.

Mazhab Maliki – ada tiga syarat lafaz khulu’ diantaranya:
 
1-    Harus memiliki lafaz iaitu dengan mengucapkan kalimat yang menunjukkan makna talak sama sahaja apakah dengan lafaz sindiran atau yang jelas
2-  Penerimaan tersebut dilakukan dalam satu majlis kecuali jika suami menggantungkan khulu’ tersebut dengan suatu pelaksanaan.
3-    Antara hubungan ijab Kabul terdapat pemberian sejumlah harta sesuai dengan kesepakatan
 
Mazhab Syafi’e – lafaz khulu’ adalah setiaplafaz yang menunjukkan talak sama sahaja apakah diucapkan dengan lafaz jelas atau sindiran dan adapun contoh lafaz kinayah adalah lafaz menjual dan membatalkan, jika suami berkata kepada isteri: Aku menjual dirimu untukmu seharga seribu sementara ia berniat menjatuhkan talak lalu isteri menjawab: Aku menerimanya maka lafaz ini disebut sebagai khulu’ yang menyebabkan hak rujuk hilang, sementara ia wajib membayar ganti rugi. Hal serupa jika suami berkata: Aku menfasakh nikahmu dengan harga seribu, lafaz fasakh ini menyebabkan jatuhnya talak sehingga bilangannya berkurang. Adapun contoh lafaz talak yang sarih adalah khulu’ adalah ketika isteri berkata: Ceraikan aku dengan ganti rugi dua puluh, lalu suami berkata: aku menceraikanmu dengan bayaran tersebut maka lafaz ini menyebabkan jatuhnya talak ba’in dengan lafaz yang jelas (sarih) yang dapat menyebabkan talak jatuh tanpa niat jika ia berniat menjatuhkan talak lebih dari satu maka yang dihitung adalah niat tersebut.


Mazhab Hanbali – adapun syarat lafaz khulu’ adalah:
 
1-    Harus terdiri dari lafaz dengan demikian khulu’ tidak sah jika dilakukan dengan isyarat saling memahami walaupun diiringi dengan niat akan tetapi ia harus diiringi dengan lafaz ijab dan qabul
2-    Ijab dan qabul disebutkan dalam satu majlis, jika suami berkata kepada isteri: Aku mengkhulu’mu dengan bayaran seperti ini kemudian ia pergi dari majlis tersebut sebelum isteri menerimanya maka khulu’ seperti ini tidak sah, demikian pula jika yang lebih dahulu pergi adalah isteri sebelum menerimanya.
3-    Tidak boleh menambahkan lafaz khulu’ dengan bahagian tubuh wanita, jika suami berkata kepada isteri: Aku mengkhulu’ tanganmu atau kakimu seperti ini, lalu ia menerimanya maka lafaz ini dianggap tidak ada kerana khulu’ adalah fasakh bukan talak. Sementara menambahkan ucapan yang menunjukkan fasakh kepada bahagian tubuh wanita tidak dapat dijadikan sebagai landasan hukum berbeza dengan talak.
4-    Lafaz tidak digantungkan kepada syarat jika suami berkata kepada isteri: Jika engkau bersungguh-sungguh kepadaku seperti ini maka aku telah mengkhulu’mu maka lafaz ini tidak dapat menjatuhkan khulu’ berbeza dengan talak yang boleh digantungkan kepada syarat.

Syarat ganti rugi khulu’, yang meliputi khulu’ dengan nafkah, hadhanah (hak asuh anak), harta dan lainnya


Adapun ganti rugi khulu’ ada beberapa syarat dalam melakukannya diantaranya:
 
1-    Harta tersebut harus memiliki nilai dengan demikian tidak boleh menjadikan khulu’ dari jenis barang yang tidak memiliki harga atau nilai seperti biji-bijian
2-    Harta tersebut harus suci dan boleh digunakan atau dimanfaatkan dengan demikian tidak boleh menjadikan khulu’ dari jenis barang khamar, babi, bangkai, darah dan benda-benda yang tidak bernilai lainnya menurut pandangan syariat Islamiyah walaupun pada hakikatnya barang-barang tersebut memiliki nilai wang bagi orang lain seperti halnya syarat mahar
3-    Harta tersebut bukan barang curian
 
Khulu’ sah dilakukan dengan pembayaran harta, sama sahaja apakah dibayar kontan atau perdagangan, mahar atau nafkah ‘idah, upah penyusuan, pengasuhan anak dan lain-lain. 

Mazhab Hanafi – setiap barang yang boleh dijadikan mahar boleh dijadikan sebagai ganti rugi dalam pembayaran khulu’. Pada bahagian lalu anda telah mengetahui dengan jelas mengenai syarat-syarat mahar untuk lebih jelas lagi hendaknya menjadikannya sebagai bahan rujukan 

Jika seorang isterin mengkhulu’ suaminya dengan khamar atau babi kemudian ia suami tersebut menerimanya. Jika penerimaan tersebut dengan lafaz khulu’ dan dapat difahami dan ia tidak memiliki tanggungan untuknya dan tidak jatuh sesuatu dari maharnya. Jika dilakukan dengan lafaz talak maka jatuhlah talak raj’I setelah dukhul dan talak ba’in jatuh sebelumnya. 

Jika ia mengkhulu’ dengan harta yang dicuri dan bukan hak miliknya maka khulu’ tersebut dianggap sah dan penamaannya juga sah. Kemudian jika ia melakukan hal ini, suami boleh mengambilnya. Dan jika isteri tidak dapat memberikannya ia berhak menerima ganti rugi yang setara dengan perjanjian ganti rugi khulu’ tersebut. 

Mazhab Maliki – salah satu syarat ganti khulu’ tersebut harus berasal dari sesuatu yang halal, dengan demikian khulu’ tidak sah jika bendanya khamar, babi atau harta rampasan selama suami mengetahu bahawa barang tersebut berasal dari hasil curian, hal ini serupa dengan barang curian. Jika seorang isteri mengkhulu’ isteri dengan jenis ganti rugi seperti yang diatas maka jatuhlah talak ba’in dan suami tidak berhak mendapat ganti rugi. Jika barang tersebut hasil rampasan maka ia wajib mengembalikan kepada pemiliknya, jika berasal dari khamar wajib menumpahkannya kepada bentuk semula dan jika barang tersebut babi maka wajib melenyapkannya.. 

Pendapat lain menjelaskan bahawa suami tidak berhak mendapat ganti rugi dari pihak isteri, hal ini sama seperti halnya jika isteri mengkhulu’ suami dengan barang yang bercampur dengan harta haram dan yang halal. Misalnya jika isteri mengkhulu’ suami dengan khamar dan baju, dengan demikian khulu’ dianggap sah sementara ganti rugi dianggap batal dengan demikian suami tidak mendapat apa-apa secara mutlak. 

Mazhab Syafi’e – syarat ganti rugi tersebut harus memiliki maksud atau nilai diserahkan kepada suami diketahui dengan jelas baik bentuk mahupun nilainya mampu menghadirkan pada saat penyerahan dilakukan dan harus berasal dari benda halal bukan rosak 

Pada hakikatnya menurut syarat-syarat khulu’ sama sepert syarat mahar yang dibahas pada bahagian lalu. Setiap barang yang sah dijadikan sebagai mahar juga sah dijadikan sebagai ganti rugi dalam khulu’. Mereka mengemukakan penolakan terhadap pendapat yang mengatakan bahawa sebahagian pengajaran terhadap ayat al-Qur’an sah dijadikan sebagai mahar, akan tetapi hal ini tidak dapat dijadikan sebagai ganti rugi dalam khulu’. Kerana jika seseorang mengkhulu’ dengan ganti rugi pengajaran al-Qur’an maka perbuatan ini tidak sah. Sebab khulu’ dapat memisahkan pasangan suami isteri bahkan menjadikan mereka haram bercampur. Jawapannya adalah: bahawa ketidak absahan ini disebabkan kerana uzur dalam mengajarkan al-Qur’an tersebut,jika uzur tersebut hilang maka ia dianggap sah. 

Maka hal ini berbeza dengan ganti rugi talak yang dilakukan tanpa menyebutkan ganti rugi tersebut. Permasalahan ini dijelaskan kerana didalamnya tidak disebutkan sejumlah harta sehingga hal ini tidak dapat terhindar dari niat mahupun penafiannya. Atau dapat sahaja ia tidak menafikan dan meniatkan permasalahan. 

Mazhab Hanbali – syarat yang dapat dijadikan sebagai ganti rugi dalam khulu’ harus berupa harta yang halal jika seseorang mengkhulu’ dengan khamar atau bai sementara haramnya barang ini diketahui dengan jelas maka khulu’ dianggap haram kerana perbuatan ini sama seperti tidak memiliki ganti rugi dan khulu’ harus memiliki ganti rugi kerana ia merupakan salah satu rukunnya sehingga ia tidak sah tanpanya. 

Sementara jika keharaman barang tersebut belum diketahui maka khulu’ dianggap sah dan wanita wajib membayar sejumlah ganti rugi yang disebutkan, hal ini sama seperti jika barangnya halal. Kerana khulu’ adalah ganti rugi yang disebutkan hal ini sama seperti jika barangnya halal. Kerana khulu’ adalah ganti rugi kehormatan sementara ganti rugi tidak haram seperti halnya akad nikah jika ia berkata: Jika engkau memberiku khamar atau babi maka engkau telah aku ceraikan lali ia memberi barang tersebut maka jatuhlah talak kerana ia telah memberikan sesuatu yang diucapkan. Akan tetapi penceraian tersebut talak raj’I kerana ganti rugi tersebut tidak sah. Kemudian isteri tidak wajib membayar apa-apa kerana pada dasarnya suami redha dengan apa yang dilakukannya.

Syarat lazim ganti rugi dan pernikahan dan didalamnya terdapat khulu’ anak kecil, pemboros dan orang sakit


Salah satu syarat lazimnya ganti rugi dan pernikahan adalah bahawa kedua belah pihak harus termasuk golongan orang yang berhak melakukan transaksi. Adapun orang yang lazim melakukan ganti rugi wajib dari golongan orang yang berhak melakukan transaksi kewangan, sementara orang yang ingin menikah harus dari golongan orang yang telah boleh menjatuhkan talak. 

Adapun syarat tersebut adalah berakal, mukallaf dan rasyid (orang yang akalnya telah sempurna). Dengan demikian anak kecil, orang gila dan kurang akal tidak sah menggugat cerai suaminya melalui khulu’ sebagaimana orang gila dan anak kecil tidak sah mentalak isterinya. Hal ini berbeza dengan orang yang kurang akal kerana ia talak yang dijatuhkannya dianggap sah akan tetapi transaksi dalam kewangan tidak sah baginya. 

Mazhab Hanafi -  anak kecil tidak lazim melakukan transaksi yang berkenaan dengan kewangan atau harta, jika suami berkata kepada isterinya: Aku mengkhulu’mu dengan dua puluh pound kemudian isterinya menjawab: Aku menerimanya, sementara ia telah mumayyizah dan mengetahui bahawa talak dapat menyebabkan orang cerai bahkan hubungan suami isteri mereka akan hilang dan haram bercampur maka ucapan tersebut telah diterima dan jatuhlah talak. Akan tetapi harus dengan ganti rugi berupa harta kerana isteri tersebut tidak berhak melakukan transaksi tersebut. Hal ini sama jika suaminya berkata: Aku mengkhulu’mu dengan jumlah sekian lalu ia menerimanya maka ucapan tersebut jelas sementara harta tidak lazim kerana ucapan tersebut sama seperti tabarru’ sementara anak kecil tidak dapat melakukan tabarru’. 

Mazhab Maliki – khulu’ dan talak tidak sah bagi anak yang masih dibawah umur dan orang yang memiliki cacat mental demikian pula bagi hamba. Orang ini tidak berhak mencampuri urusan suami dalam hal khulu’, hal serupa bagi orang lain yang memiliki sifat-sifat diatas. Jika suami tersebut menjatuhkan khulu’ bagi mereka (isteri tersebut) maka khulu’nya tidak sah dan ia wajib mengembalikan sejumlah harta tersebut kecuali jika wali atau tuan yang mengkhulu’ jika ia mengizinkan maka khulu’ dianggap sah dan wajib memberikan ganti rugi. Jika seseorang cacat mental dan tidak wanita tersebut memiliki wali berkata kepadanya: bahawa ia wajib membayar ganri rugi maka transaksi ini dianggap tidak sah. Hal ini juga berlaku bagi wanita yang tidak mendapat izin dari walinya 

Mazhab Syafi’e – orang yang berhak memberi ganti rugi adalah orang yang telah berhak melakukan transaksi terhadap hartanya. Sehingga orang pemboros tidak berhak menerima ganti rugi. Sama sahaja apakah menyangkut permasalahan hubungan suami isteri mahupun yang lain apakah ia setuju. Jika ia berkata kepada suaminya: khulu’lah aku dengan nilai dua puluh pound maka ia perkataan ini sah jika ia menerimanya. Dan jika suami berkata aku mengkhulu’mu dengan nilai yang engkau sebutkan maka ia telah menyetujuinya. 

Maka jelaslah bahawa anda telah mengetahui bahawa khulu’ orang yang cacat mental tidak mewajibkan ganti rugi baginya walaupun talak raj’i dianggap jatuh kecuali dalam satu bentuk dimana akan terjadi talak ba’in dan wajib memberikan ganti rugi dimana jika ia mengizinkan walinya untuk melakukan khulu’ dengan membayar ganti rugi kerana takut terhadap perlakuan suami yang akan menghancurkan hartanya. 

Mazhab Hanbali – salah satu syarat sahnya seseorang menerima ganti rugi harus berhak melakukan interaksi kewangan. Dengan demikian ganti rugi khulu’ tidak sah dilakukan anak yang masih berada dibawah umur, orang gila dan pemboros atau cacat mental walaupun atas izin walinya. Kerana harta ganti rugi khulu’ sama seperti pemberian dan wali tidak berhak memberikan izin terhadap sedekah demikianlah pendapat yang lebih masyhur.